Special Issue: Biologi Molekul — Perkembangan terkini penyelidikan, aplikasi dan perspektif masa hadapan di Malaysia

2020-08-12

Sempena bulan kemerdekaan, PMMB mengalu-alukan sebarang artikel berkenaan Biologi Molekul dalam Bahasa Malaysia. Kami menerima artikel penyelidikan asli, artikel ulasan, ulasan ringkas, laporan kes, laporan ringkas, laporan genom dan editorial mengenai semua penyelidikan berkaitan dengan biologi molekul.

Semua manuskrip akan disaring di bawah protokol berstandard tinggi melalui  double blinded peer-review. Setiap manuskrip akan disemak oleh sekurang-kurangnya 2 pengulas yang berkelayakan dari Dewan Pengarang atau Ahli Editor Undangan berdasarkan kandungan manuskrip. Walau bagaimanapun, keputusan akhir akan dibuat oleh Ketua Editor.

Untuk makluman, pengurusan manuskrip akan mematuhi “Code of Conduct for Journal Editors and Code of Conduct for Publishers” dan Praktik Terbaik (Best Practise) seperti yang ditetapkan oleh Committee on Publication Ethics (COPE) untuk mencegah salah laku makalah penyelidikan.

Penyerahan dapat dibuat di bawah tab "Online Submission" di laman utama jurnal sehingga 31 Ogos 2021. Anda juga boleh klik DI SINI untuk menghantar artikel.

Dimaklumkan bahawa anda diminta untuk mendaftarkan diri anda untuk menghantar artikel di bawah profil Author.

Penulis perlu membayar Caj Pengurusan Artikel (APC) sebanyak RM150 untuk menampung kos penerbitan.