Analisis Keperluan, Reka Bentuk dan Pembangunan e-Resume

Authors

  • Muhammad Iqbal Jamaludin
  • Zaim Mursyideen Zaini
  • Sok Lee Chuan
  • Mohammad Ashrof Husaini Rosli
  • Asmawati Mohamad Ali

Abstract

Abstract: Information and Communication Technology (ICT), creativity and innovation are among the Cross-Curriculum Elements (EMK) that are integrated in Teaching and Facilitation sessions (PdPc) nowadays. TMK, creativity and innovation or digital education among lecturers and students should be implemented continuously in the lifelong learning process. Among the important elements in the PdPc session highlighted in the Matriculation General Studies (PAM) course is the production of manual resumes and short videos. PAM lecturers at one of the matriculation colleges has identified several problems that need to be improved in the production of resumes among students of the Matriculation Program. There are two main objectives of this study which are to identify the analysis of the importance and needs of innovative products as well as the analysis in designing and then developing e-Resume. Through a case study method of needs analysis among 160 students and five lecturers found that two main factors, i.e. increased costs and less effective sources of evidence access, are the main contributors to the need for e-resume design and development. Consequently, the e-resume innovation product is one of the alternatives that combines several open-source applications. The findings of the study show that document access through e-Resume design and development is easily accessible and can be accessed regardless of time in various locations by anyone who needs it compared to the existing manual resume design development. The implications of this design and development provide savings in cost, time, energy and storage space in addition to guaranteeing data security, especially to the assessment panel, institution management, lecturers’ teaching sessions and learning among the students of the Matriculation Program, KPM.

 

Abstrak: Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), kreativiti serta inovasi merupakan antara Elemen Merentas Kurikulum (EMK) yang diintegrasikan dalam sesi Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) pada masa kini. EMK TMK, kreativiti serta inovasi atau pendidikan digital dalam kalangan pensyarah dan pelajar wajar diimplementasikan secara berterusan dalam proses pembelajaran sepanjang hayat. Antara elemen penting dalam sesi PdPc yang ditengahkan dalam kursus Pengajian Am Matrikulasi (PAM) ialah penghasilan resume manual dan video pendek. Pensyarah PAM di salah sebuah kolej matrikulasi telah mengenal pasti beberapa masalah yang perlu diberikan penambahbaikan nilai terhadap penghasilan resume dalam kalangan pelajar Program Matrikulasi. Terdapat dua objektif utama kajian ini iaitu mengenal pasti analisis kepentingan dan keperluan produk inovasi serta analisis dalam mereka bentuk dan seterusnya membangunkan e-Resume. Kaedah kajian kes terhadap analisis keperluan dalam kalangan 160 pelajar dan lima pensyarah mendapati bahawa dua faktor utama iaitu peningkatan kos serta sumber capaian eviden yang kurang efektif sebagai penyumbang utama terhadap keperluan reka bentuk dan pembangunan e-Resume. Sehubungan itu, produk inovasi e-Resume merupakan salah satu alternatif yang menggabungkan beberapa aplikasi sumber terbuka. Dapatan kajian menunjukkan bahawa capaian dokumen menerusi reka bentuk dan pembangunan e-Resume bersifat mudah capai dan boleh diakses tanpa mengira waktu di pelbagai lokasi oleh sesiapa sahaja yang berkeperluan dibandingkan dengan pembangunan reka bentuk penggunaan resume manual yang sedia ada. Implikasi reka bentuk dan pembangunan ini memberikan penjimatan kos, masa, tenaga dan ruang penyimpanan selain jaminan keselamatan data khususnya kepada pihak panel penilai, pengurusan institusi, sesi pengajaran pensyarah serta pembelajaran dalam kalangan para pelajar Program Matrikulasi, KPM.

Downloads

Published

2024-07-01

Issue

Section

ORIGINAL RESEARCH ARTICLE
Abstract viewed = 30 times
PDF downloaded = 3 times