MIKRORNA – MOLEKUL VERSATIL DALAM KANSER TIROID

Authors

  • Azliana Mohamad Yusof
  • Nurul-Syakima Ab Mutalib

DOI:

https://doi.org/10.36877/pmmb.a0000025

Abstract

MikroRNA adalah molekul bebenang tunggal RNA kecil, dengan kepanjangan di antara 18 hingga 25 nukleotida. Molekul pengawalatur ini mampu menyasarkan lebih dari satu gen, dan dianggarkan mengawal 30% daripada keseluruhan gen manusia. MikroRNA tidak diendahkan oleh saintis beberapa dekad sebelum ini kerana ia tidak mengekod sebarang protein lantas dianggap jujukan sampah (junk sequence), namun sejak penemuan lin-4 yang mengawalselia perkembangan larva Caenorhabditis elegans, semakin banyak kajian bertumpu ke arah molekul ini. Sebagai molekul pengawalatur (regulatory molecule), mikroRNA adalah calon kajian yang sesuai untuk penyelidikan kanser tiroid di mana landskap mutasi genomnya secara relatif lebih senyap berbanding kanser lain. Hanya sebilangan kecil gen bermutasi dikenalpasti dalam kanser tiroid dan mekanisme molekular patogenesis kanser ini masih kurang jelas. Artikel ini bertujuan untuk mendedahkan pembaca terhadap mikroRNA dan faedahnya dalam kajian kanser tiroid, serta perkembangan terkini kajian tentang mikroRNA dalam kanser ini. Penekanan terhadap peranan mikroRNA dalam kanser tiroid, dengan memfokus kepada versatiliti molekul ini dalam aplikasi diagnosis, prognosis, serta sebagai biopenanda dalam mengenalpasti pesakit yang tidak avid terhadap radioiodin akan turut dibincangkan.

Downloads

Published

2019-07-05

How to Cite

Mohamad Yusof, A., & Ab Mutalib, N.-S. (2019). MIKRORNA – MOLEKUL VERSATIL DALAM KANSER TIROID. Progress In Microbes & Molecular Biology, 2(1). https://doi.org/10.36877/pmmb.a0000025

Issue

Section

Special Issue: Perubatan molekul - perkembangan terkini, aplikasi dan perspektif masa hadapan di Malaysia
Abstract viewed = 1353 times
PDF downloaded = 243 times